Kumohon kepada ALLAH setangkai bunga segar, kuperoleh kaktus berduri..
Kuminta pula rama2, ulat berbulu yang diberi..
Kusedih, kukecewa..namun kemudian,

kaktus itu berbunga indah sekali..dan ulat bulu itupun menjadi rama-rama yang berseri
..

.: IKHLASHUN AN-NIAH :.

2:30 PM Edit This 0 Comments »
Bila suatu pekerjaan dikerjakan kerana Allah, maka akan diterima oleh Allah. Jika tidak, maka akan menerima balasan yang setimpal. Bila ada cacat dalam amal, mungkin akan diampuni tetapi bila ada cacat dalam niat, maka tidak diampuni. Sebelum melakukan amal hendaklah diperhatikan tentang niat. Jika niat kerana Allah, ikhlas namanya. Jika tidak, maka walaupun seluruh Mufti memberikan fatwa bahawa seseorang itu ikhlas tetapi dihadapan Allah, dia tidak dianggap ikhlas.

Cara mendapatkan  hakikat ikhlas :
  • Sebelum memulai amalan, peliharalah niat sebaik-baiknya kemudian pertahan niat ketika beramal dan istighfar sesudah beramal serta meminta ampun kepada Allah.
  • Mendakwahkan kepentingan ikhlas.
  • Berdoa kepada Allah supaya mendapat hakikat ikhlas.
  • Jika kita memelihara amalan kita setiap hari dengan istiqomah dijalan Allah, maka sedikit demi sedikit akan tumbuh sifat ikhlas.
  • Ikhlas adalah rahsia Allah dengan hambaNya. Sekalipun malaikat tidak tahu nilai ikhlas, bahawa amal yang ikhlas Allah simpan sampai kita bertemuNya.



~ baru menamatkan tugasan terakhir sbg guru praktikum di sekolah....
~ di kala ini jg keikhlasanku teruji dgn sepotong kata-kata..aku amat terkilan mendengar kata2 tu..sbg manusia biasa,  sungguh aku rasa kecewa..
~ nampak ke kat muka aku pertolongan yg aku bg sebab mengharapkan suatu balasan dan pemberian?
~ Astaghfirullah..aku tak tahu..moga Allah peliharaku daripada sifat-sifat tercela..

2.30 pm
15 Mei 2010
Sabtu

0 comments:

Photobucket