Kumohon kepada ALLAH setangkai bunga segar, kuperoleh kaktus berduri..
Kuminta pula rama2, ulat berbulu yang diberi..
Kusedih, kukecewa..namun kemudian,

kaktus itu berbunga indah sekali..dan ulat bulu itupun menjadi rama-rama yang berseri
..

.: aku ingin.. :.

12:28 PM Edit This 1 Comment »
Aku ingin pulang...
Pulang ke mana?
Tak betahkah kau berada di samping keluarga
Tak dekatkah kau didampingi teman?
Apa lagi yang kau mahu?

Aku ingin bebas..
Bebas ke mana?
Tak cukupkah kau boleh bergerak
Langkahmu bisa  kau atur ke mana saja
Apa lagi yang kau mahu?

Aku ingin bergembira..
bergembira seperti apa lagi?
Kau kulihat terlalu gembira dengan hidupmu kini..
Sepertinya tiada sedih yang menghampiri..
Apa lagi yang kau mahu?

Aku ingin ceria..
Ceria bagaimana yang kau dambakan?
Cahaya hidupmu terlalu terang untuk disinari lagi.
Apa lagi yang kau mahu?

Aku ingin berkelana..
Berkelana ke mana?
Sudah dua pusingan bumi kau jelajahi
Benua dunia kau telah redahi
Tak cukupkah kelanamu itu?

Biar bumi terbelah..
Biar langit berdentum..
Biar laut bergelora..
Biar hutan menjadi gondol..
Aku tetap mahu tahu apa inginmu itu..

Aku..
Aku..
Aku ingin kamu..

Hmmm...itukah yang kau mahu.. 


* Original: 28 July 2011
                      12:26 pm
                      Thursday
                      2096-N

.: hati saya rindu :.

9:53 AM Edit This 0 Comments »

Desir bayu sore,
Terbuai syahdu di pelosok tubuh,
Mengalun sisir rambutku.
Entah kapan, sang kelicap berlagu sayup,
Meledak waktu yang kian gempita,
Indah sungguh!
Namun, sayu hati tak siapa tahu.

Pepohon yang melambai di senja hari,
Seperti mengetahui,
Gelendang hati ini berkocak dengan irama tersendiri,
Kaki menghayun langkah,
Berlenggang menyusuri parit-parit,
Tangan mendakap kehalusan bayu,
Menangkap senyum di bibirku.
Hati? keciciran entah ke perigi.

Hati berulam tandus, beraja sengsara,
Maunya apa ya?
Berlagu tanpa kata..
Perlukah aku melayan degilnya hati,
Berbolak balik tanpa henti.

Ah! Nyahkan saja rasa itu,
rasa yang membuatkan hati saya rindu.



*original: 
  9:43 am
  Thursday
  2096-N

.: my career :.

11:28 AM Edit This 0 Comments »
1980an...1990an...2000an...2011

Begitu pantas waktu berlalu?? iye ke? waktu yg pantas atau aku yg tak sedar? waktu sememangnya sentiasa berlalu...masa berlalu dan manusia semakin membesar...kehidupan berlalu seiring, takde yg ketinggalan...yg tertinggal adalah kiraan saat, minit, jam, hari, minggu, bulan....tahun.. yg sentiasa berubah menjadi byk. (math application in real life situasion)...he3..mentang2 la aku cigu math

Cikgu??? iye..aku kini dah bgelar cikgu...berkhidmat di tanah kelahiranku sndri...tp ni pun ade hati lg nak mintak tukar dekat area2 kg...huhuhu (bsyukur2).. 4 tahun berlalu..konvokesyen, posting. Detik bermula yang mana aku  sudah menjadi sebahagian drpd institusi masyarakat setempat. Mcm2 yg aku hadapi sepanjang tempoh ni..detik utk aku belajar membawa diri dlm masyarakat tanpa ada keluarga dan teman2 di sisi..


Cmne karakter aku sbg cikgu?? gini ke??

cikgu garang??


 cikgu lembut??

Cikgu stress??

Cikgu hensem??
.
.
.
.

Walau ape pun...aku suka menjadi cikgu...yeahhh


Photobucket