Kumohon kepada ALLAH setangkai bunga segar, kuperoleh kaktus berduri..
Kuminta pula rama2, ulat berbulu yang diberi..
Kusedih, kukecewa..namun kemudian,

kaktus itu berbunga indah sekali..dan ulat bulu itupun menjadi rama-rama yang berseri
..

.: manfaat vs mudarat :.

9:32 PM Edit This 0 Comments »
Jumaat
28 Mei 2010
5.00 pm
TV3
Tajuk : Orang Sebelah

Tertarik dgn topik perbincangan Al-kuliyyah pd minggu ini. sudah lama aku xdpt mgikuti program ni sb tiada tv kat rumah spnjg berpraktikum. Program ni diadakan di Balairong Seri Istana Arau, Perlis sempena keputeraan baginda Raja Perlis. Biasalah, dipengerusikan oleh Ustaz Fauzi, ustaz kegemaranku. Ahli Panel terdiri daripada Ustazah Asni Mansor (pendakwah bebas) dan Ustaz Nidzam Abdul Kadir (pensyarah UIAM). topik berkisar ttg permasalahan hidup berjiran.


Sebaik-baik manusia adalah org yg selalu memberi manfaat kpd orang lain. Kebahagiaan bukan hanya kerana mampu memenuhi keperluan diri dan keluarga, tetapi juga mampu memberi kebahagiaan kpd org lain. Keprihatinan kepada keadaan org lain melahirkan kesetiaan sosial yg tinggi.
Bukhari dan Muslim menceritakan, Nabi Muhammad berkata, “Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain”.


Dan bagiku, kalau tak dpt memberi manfaat, jgnlah memberi mudarat kpd org lain.

.: lagu kita :.

9:30 PM Edit This 0 Comments »
 Pelangi Petang
 
Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku..

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini..

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua..

Bait2 lirik lagu yg sgt mencuit perasaan.. xkuduga aku akn mnyanyi kat hari guru (sb aku xde bakat suara yg merdu)...dan pling xkuduga ank2 muridku menangis swaktu aku menyanyi..moga lagu ini akan sentiasa menjadi pengikat memori antara aku dan anak2 muridku.


 

.: 4 is da best :.

7:09 PM Edit This 0 Comments »
Alhamdulillah...aku dianugerahkan dgn murid2 yg memberiku seribu satu rasa...seronok, geram, marah, terhibur, bersemangat...kelas 4 Gemilang n 4 Bestari 2010.. sgala cabaran dan kenangan spnjg mendidik mreka xkan aku lupa..spnjg mgu ni, aku dikunjungi oleh murid2ku di kuaters, sms, telefon..seronok dpt melayan krenahdiorang lg..sbtu ni dah btolak blik kg..nti mesti aku rindu semua ni..


 

Antara hadiah yg aku terima drpd murid2, sek, guru kaunselor n guru bsr sempena hari guru dan tamat praktikum..

                        Kad2 ucapan buatan sendiri drpd murid2ku


 Khamis
7.00 pm
20 Mei 2010

.: last forever memories :.

5:38 PM Edit This 0 Comments »
Antara kenangan terakhirku di Sk Perwira, Teluk Intan...Tugasan terakhir yg aku lakukan di sekolah ini adalah gotong-royong perdana sempena hari guru dan menyiapkan mural...xkan luput dr ingatan...sekolah yg byk mgajar aku erti sebenar menjadi seorang guru...

                                   Aktiviti memotong sayuran utk nasi kerabu

                                             Tanam pokok sbg kenangan..

                                   Bersama geng cuci kolam ikan n pentadbir



















                                            Mural di Prasekolah Gemilang


* Bersyukur krn dpt memberi khidmat utk sekolah ni..
* Terima kasih kpd semua warga Sk Perwira yg sanggup menerima kehadiranku dgn hati terbuka di sek ini..



khamis
5.30 pm
20 Mei 2010

.: IKHLASHUN AN-NIAH :.

2:30 PM Edit This 0 Comments »
Bila suatu pekerjaan dikerjakan kerana Allah, maka akan diterima oleh Allah. Jika tidak, maka akan menerima balasan yang setimpal. Bila ada cacat dalam amal, mungkin akan diampuni tetapi bila ada cacat dalam niat, maka tidak diampuni. Sebelum melakukan amal hendaklah diperhatikan tentang niat. Jika niat kerana Allah, ikhlas namanya. Jika tidak, maka walaupun seluruh Mufti memberikan fatwa bahawa seseorang itu ikhlas tetapi dihadapan Allah, dia tidak dianggap ikhlas.

Cara mendapatkan  hakikat ikhlas :
  • Sebelum memulai amalan, peliharalah niat sebaik-baiknya kemudian pertahan niat ketika beramal dan istighfar sesudah beramal serta meminta ampun kepada Allah.
  • Mendakwahkan kepentingan ikhlas.
  • Berdoa kepada Allah supaya mendapat hakikat ikhlas.
  • Jika kita memelihara amalan kita setiap hari dengan istiqomah dijalan Allah, maka sedikit demi sedikit akan tumbuh sifat ikhlas.
  • Ikhlas adalah rahsia Allah dengan hambaNya. Sekalipun malaikat tidak tahu nilai ikhlas, bahawa amal yang ikhlas Allah simpan sampai kita bertemuNya.



~ baru menamatkan tugasan terakhir sbg guru praktikum di sekolah....
~ di kala ini jg keikhlasanku teruji dgn sepotong kata-kata..aku amat terkilan mendengar kata2 tu..sbg manusia biasa,  sungguh aku rasa kecewa..
~ nampak ke kat muka aku pertolongan yg aku bg sebab mengharapkan suatu balasan dan pemberian?
~ Astaghfirullah..aku tak tahu..moga Allah peliharaku daripada sifat-sifat tercela..

2.30 pm
15 Mei 2010
Sabtu

.: percutian bermakna: ulu yam + genting :.

2:00 PM Edit This 0 Comments »





























Pirate Ship..taubat xnak naik ni lg..seram!!

                                                               Solero

                                                Corkscrew..permainan terakhir..

p/s  Best! hilang tekanan masa praktikum.. =)
      
~ Di Ulu Yam, aktiviti kesukaanku, berenang. sempat mgajar kwn2ku brenang, tp sume failed! berenang atas batu je sume..hehe

~ Di Genting, kami plg seronok naik Solero..dpt tgk pmandangan 1 Genting. prsaan mcm diawang2an. cantik sgt dgn kabus yg mnebal..aku tkut nak naik Solero, tp bila dah naik, xpuas pula..sekejap sgt kat atas tu..huhu

Mula2 nak naik pirate ship..sampan yg berayun, aku pelik nape la org duk mjerit2..aku tgk xde la seram sgt naik smpan tu..bila tiba giliran aku, aku ambik seat yg pling atas skali..(blagak la kunun berani)..mula2 berayun, bst je..cm naik buai..hyunan mkin lama mkin laju..tetbe aku rasa jntung aku mcm nak luluh.smpai pucat muka aku jadinye..siap mjerit kat akak yg jaga sampan tu suruh berhenti..huhuhu (itu la, blagak lg, kan tuhan dah bls..ngeh3)

Corkscrew pula, aku n yana duk pling depan sekali..yana yg semangat nak naik roller coster ni..aku teman la..mmg seram, berpusing 360 darjah..tp agak best la..aku mjerit jgk kat yana..yana steady je..siap leh senyum2 lg smpai akhir..he3
.
.
.
Kenangan kedua terakhir bercuti bsama rakan2..  
Habis praktikum g Lost Word Tambun pula, InsyaAllah kalau bajet msih ade.. =)
Photobucket