Kumohon kepada ALLAH setangkai bunga segar, kuperoleh kaktus berduri..
Kuminta pula rama2, ulat berbulu yang diberi..
Kusedih, kukecewa..namun kemudian,

kaktus itu berbunga indah sekali..dan ulat bulu itupun menjadi rama-rama yang berseri
..

.: pembunuh senyap :.

11:38 AM Edit This 0 Comments »


Pertemuan antara seorang lelaki dan seorang guru di taman permainan diakhiri dengan perbualan tersebut:

Seorang lelaki : Mengapa sering berlaku kesukaran untuk mengecap bahagia, sedangkan semua orang begitu menginginkannya?

Seorang guru : (Sambil tersenyum memandang ke arah taman permainan) Kanak-kanak di taman sana kelihatan sungguh bahagia.

Seorang lelaki : Sudah pasti mereka bahagia kerana mereka sedang leka bermain.

Seorang guru : Sebenarnya, apakah yang menjadi penghalang untuk kita yang sudah dewasa ini daripada mengecap bahagia? Ia juga mampu menyababkan kanak-kanak yang sedang leka bermain itu hilang kebahagiaan mereka dalam sesaat cuma.

Guru itu bangun dan menghampiri kumpulan kanak-kanak yang sedang leka bermain. Kemudian, guru itu melempar sejumlah wang syiling berdekatan dengan kumpulan kanak-kanak tersebut. Secara spontan, hilang gelak tawa dan mereka berebut-rebut, masing-masing ingin mengambil kesemua wang syiling tersebut. Mereka tolak-menolak, tindih-menindih, lalu mula berkelahi. Guru itu kembali semula ke tempat lelaki tadi.

Seorang guru : Apa pandangan kamu melihat keadaan kumpulan kanak-kanak itu sekarang?

Seorang lelaki : Mereka berkelahi antara satu sama lain. Berbeza dengan keadaan ketika mereka bermain bersama tadi.

Seorang guru : Apa pula yang menyebabkan mereka berkelahi?

Seorang lelaki : Perebutan. Masing-masing ingin memiliki kesemua wang itu.

Seorang guru : Sifat apakah itu?

Seorang lelaki : Keserakahan.

Seorang guru : Jadi, kamu telah menemukan jawapan bagi soalan kamu tadi.



Kebahagiaan akan berlalu pergi apabila keserakahan mula mentadbir hidup manusia. Asal keserakahan adalah ketamakan dan asal ketamakan adalah sifat tidak tahu bersyukur dengan pemberian-Nya. Apabila menjadi serakah, tiada yang boleh menandingi atau lebih hebat daripada dirinya. Fikiran sentiasa berputar untuk kelihatan hebat dan mindanya menjadi tidak rasional serta tidak produktif sehingga merugikan diri sendiri dan sesiapa sahaja yang bersamanya. Jiwa mula menjadi kacau dan akhirnya menjadi pembunuh senyap secara perlahan-lahan. Kebahagiaan sebenar tiada dalam kehidupan orang yang berjiwa serakah walaupun mereka kelihatan bahagia.

Maka, apa bezanya kita sekarang dengan Qarun yang dimamah bumi itu dan pernah berkata " Segala apa yang aku ada kini adalah hasil daripada usahaku sendiri!". Oleh itu, sifar bersyukur kepada-Nya yang Maha Memberi sahajalah yang dapat mengelakkan diri manusia daripada berjiwa serakah.



* Cerita ini dipetik dan diubahsuai mengikut kesesuaian dalam tulisan saya daripada satu ruangan dalam satu majalah yang saya baca, hasil tulisan Dr. Azhar Bin Haji Sarip, Perunding Emosi, Spiritual NLP Training.
Photobucket