Kumohon kepada ALLAH setangkai bunga segar, kuperoleh kaktus berduri..
Kuminta pula rama2, ulat berbulu yang diberi..
Kusedih, kukecewa..namun kemudian,

kaktus itu berbunga indah sekali..dan ulat bulu itupun menjadi rama-rama yang berseri
..

.: diamku :.

1:39 PM Edit This 0 Comments »
Diamku bukan bererti aku tidak tahu
Diamku bukan bererti aku tidak ambil peduli
Diamku bukan bermakna aku tidak mengerti

Aku dikurniakan dengan satu deria, yang tak bisa kau rasai
Aku hanya membiarkan 
kau terus berkata-kata dan mengungkap bicara
dan aku pun bertanya
seolah-olah aku tidak mengerti apa-apa

Ketahuilah kau
Aku tahu lebih daripada apa yang kau katakan 
lebih daripada apa yang kau tuturkan 
dan lebih daripada apa yang kau anggapkan

Mengapa tidak kau berkata benar?
Hmm..teruskanlah dengan kata-katamu 
yang mungkin kau anggap sebagai penawarku
Adakah kau berkira-kira bahawa aku tahu tentangmu?
Maka itu kau berbicara agar tiada riak mendung di wajah dan hatiku
Walau aku sendiri tidak tahu mengapa kau perlu berbuat demikian
Hakikatnya aku bukan siapa-siapa

Kerna bagiku
DIAM itu lebih BAIK untukku dan untukmu

p/s aku sentiasa menunggu kata-kata benar darimu

2096N
saturday
16022013

.: berkata seorang dia :.

8:28 PM Edit This 0 Comments »

Suatu saat nanti
Akan tiba waktu dan masa yang telah ditetapkan..
dan aturannya
Di waktu itu, sesiapa pun takkan mampu
menolak takdirnya
Tak perlu asyik ditanya dan dipersoal
Masanya akan tiba
Jika tidak di dunia
Akan ada di akhirat

kata2 seorang anak kecil terkadang lahir daripada ilham Illahi
Amin..

2096N
Thursday
14022013

.: benar2 :.

12:41 PM Edit This 0 Comments »
02022013
sat
2096N


Berkata benar tapi tak didengari
Berkata bohong dan diakui

Memang selalu hal ni berlaku kan. Sesiapa pun pernah lalui keadaan ni. Apa akan jadi kalau perkara yang betul ditidakkan?

Setiap kali, aku akan berkata benar. Aku tak mengharapkan orang akan faham dan menyokong kata2 aku. Hak masing2 untuk percaya atau tak dengan kebenaran yang aku ungkapkan. kisah hidupku, tak mudah aku nak kongsi dengan sesiapa termasuk keluarga dan kawan terdekat. Sekali aku bercerita bermakna itulah kebenarannya.

Yang pasti, aku akan sentiasa 
BERKATA BENAR
Photobucket