.: diamku :.
1:39 PM Edit This 0 Comments »
Diamku bukan bererti aku tidak tahu
Diamku bukan bererti aku tidak ambil peduli
Diamku bukan bermakna aku tidak mengerti
Aku dikurniakan dengan satu deria, yang tak bisa kau rasai
Aku hanya membiarkan
kau terus berkata-kata dan mengungkap bicara
dan aku pun bertanya
seolah-olah aku tidak mengerti apa-apa
Ketahuilah kau
Aku tahu lebih daripada apa yang kau katakan
lebih daripada apa yang kau tuturkan
dan lebih daripada apa yang kau anggapkan
Mengapa tidak kau berkata benar?
Hmm..teruskanlah dengan kata-katamu
yang mungkin kau anggap sebagai penawarku
Adakah kau berkira-kira bahawa aku tahu tentangmu?
Maka itu kau berbicara agar tiada riak mendung di wajah dan hatiku
Walau aku sendiri tidak tahu mengapa kau perlu berbuat demikian
Hakikatnya aku bukan siapa-siapa
Kerna bagiku
DIAM itu lebih BAIK untukku dan untukmu
p/s aku sentiasa menunggu kata-kata benar darimu
2096N
saturday
16022013