Kumohon kepada ALLAH setangkai bunga segar, kuperoleh kaktus berduri..
Kuminta pula rama2, ulat berbulu yang diberi..
Kusedih, kukecewa..namun kemudian,

kaktus itu berbunga indah sekali..dan ulat bulu itupun menjadi rama-rama yang berseri
..

.: mi bandung Johor (original Johorean) sempena tahun baru :.

8:58 PM Edit This 0 Comments »


Haa..terliur tak tgk kuah mi bandung ni?? hehe
ptama kali sy buat resepi  ni..sempena hari pertama tahun baru la..01012013 (boleh dikatakan azam baru la..haha)
Mula2 sy tnye la resepi ni dgn adik sy (adik sy chef!!). sungguh2 dia bg resepi.
Ada jgk la sy mintak bantuan google.sy tmbh tolak darab bahagi smua skali, so jd la resepi yg tak seberapa ni. sape2 nk cube boleh la mintak signature dulu kat sy..hehe

Ok cmni sy buat. take a note yer...

mi kuning
tulang dan daging lembu
udang
sayur sawi
kacang tanah
telur ayam
perencah mi bandung

Mulakan operasi dengan 3 langkah... (buat mane2 dulu pun boleh)

~ Goreng kacang tanah tanpa minyak
~ Buang kulitnya
~ kisar halus

~ Rebus tulang dging lembu dulu lebih kurang 40 minit.
~ Keluarkan tulang kemudian masukkan daging lembu. Rebus lebih kurang 20 minit hingga lembut.
~ Masukkan perencah mi bandung. gaul rata.
~ Masukkan kacang tanah yg dah dikisar halus (jgn byk2 sgt)
~ Masukkan batang sawi dan udang. Tunggu hingga mendidih sedikit.
~ Masukkan telur ayam (jangan sampai pecah kuning telurnya). tunggu hingga masak.
~ Matikan api. masukkan daun sawi.

~ Basuh mi kuning hingga bersih.
~ Didhkan air. matikan api.
~ Celur mi lebih kurang setengah minit.

SIAPP!!! =)

* Rahsia kesedapan kuahnya terletak pd air rebusan daging tu. lebih2 lg rebusan tulang.

* Mi bandung asli Johor mmg tak letak byk bhn mcm yg ada skrg..tp boleh je kalau nak msukkan bhn2 yg disukai. sy suka yg asli...Original Johorean gitu..hehe

*Sy guna perencah segera sebab kwn sy yg bagi. kalau nk guna rempah tumis buatan sendiri pun boleh. Prencah ni tak payah letak garam n gula sebab mmg dah cukup rasa.  Tp prencah ni agak manis sikit la. kalau rajin try la cari jenis prencah yg lain.

Ni la prencah tu. beli dekat Muar..500g RM5 je. Kalau beli dekat JB mahal harganya. 200g dah RM4.50!! alang2 pegi Muar baik beli..kan3..
TQ awk sb bg sy..kalau keje luar kt Muar bli lg ek..hehe

0 comments:

Photobucket