Kumohon kepada ALLAH setangkai bunga segar, kuperoleh kaktus berduri..
Kuminta pula rama2, ulat berbulu yang diberi..
Kusedih, kukecewa..namun kemudian,

kaktus itu berbunga indah sekali..dan ulat bulu itupun menjadi rama-rama yang berseri
..

.: beruntunglah mereka :.

11:22 PM Edit This 0 Comments »
Ku bukan dia yang menongkah pelangi..
Ku bukan dia yang mencapai awan..
Ku bukan dia yang berterbangan bebas..
Ku bukan dia yang bertebaran serata dunia..
Ku bukan dia yang seharum taman larangan..

Jiwaku hanya dipenuhi dengan..
Rasa yang hanya ..
Hanya mereka bisa menunjang..
Setiap ceruk rasa yang tercipta...

Kuindahkan 26hb ini...
Bersama mereka yang memilikinya..
Beruntung...beruntunglah mereka
Memiliki rasa sayang yang ku ada..


Mereka..
Yang dapat genggam erat anugerah terindah ini..
Tak mungkin mereka akan kehilangannya buat selamanya..
Kerana
 aku akan sentiasa memberi sayang itu tanpa mereka pinta..
beruntunglah mereka..


23:23
26th January
2096-N

0 comments: