Kumohon kepada ALLAH setangkai bunga segar, kuperoleh kaktus berduri..
Kuminta pula rama2, ulat berbulu yang diberi..
Kusedih, kukecewa..namun kemudian,

kaktus itu berbunga indah sekali..dan ulat bulu itupun menjadi rama-rama yang berseri
..

.: aku ingin.. :.

12:28 PM Edit This 1 Comment »
Aku ingin pulang...
Pulang ke mana?
Tak betahkah kau berada di samping keluarga
Tak dekatkah kau didampingi teman?
Apa lagi yang kau mahu?

Aku ingin bebas..
Bebas ke mana?
Tak cukupkah kau boleh bergerak
Langkahmu bisa  kau atur ke mana saja
Apa lagi yang kau mahu?

Aku ingin bergembira..
bergembira seperti apa lagi?
Kau kulihat terlalu gembira dengan hidupmu kini..
Sepertinya tiada sedih yang menghampiri..
Apa lagi yang kau mahu?

Aku ingin ceria..
Ceria bagaimana yang kau dambakan?
Cahaya hidupmu terlalu terang untuk disinari lagi.
Apa lagi yang kau mahu?

Aku ingin berkelana..
Berkelana ke mana?
Sudah dua pusingan bumi kau jelajahi
Benua dunia kau telah redahi
Tak cukupkah kelanamu itu?

Biar bumi terbelah..
Biar langit berdentum..
Biar laut bergelora..
Biar hutan menjadi gondol..
Aku tetap mahu tahu apa inginmu itu..

Aku..
Aku..
Aku ingin kamu..

Hmmm...itukah yang kau mahu.. 


* Original: 28 July 2011
                      12:26 pm
                      Thursday
                      2096-N

1 comments:

leeyana said...

jiwang gilaa... hahaha

Photobucket