Apabila jiwa raga kita menjurus kepada ALLAH yang Maha Esa, maka ujian akan datang untuk menduga ketaqwaan manusia. Ia lebih halus dan berat daripada berjuang bermati-matian menentang musuh ALLAH yang durjana. " Ya Allah ya tuhanku, aku memohon kecintaanku padaMu adalah cinta yang sebenar-benar cinta lebih daripada cintaku kepada diriku, keluargaku & daripada air yang dingin. " (Imam Turmuzi)
Rasulullah S.A.W bersabda: " Sesungguhnya ilmu itu hanya diperoleh dengan belajar dan kefahaman pula hanya didapati dengan mendalaminya. Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan dalam dirinya, diberikan kefahaman yang mendalam dalam urusan agama". (Riwayat Al-Tabrani)
Sabda Rasulullah S.A.W " Wanita yang terbaik ialah wanita yang menyenangkan kamu bila dipandang dan patuh bila disuruh dan sentiasa bersedia mengikut kehendakmu dengan diri dan hartanya ". (Riwayat Nasa'i dan Baihaqi)
Aku tahu rezekiku tak mungkin diambil oleh orang lain Kerananya hatiku tenang.. Aku tahu amal-amalku tak mungkin dilakukan orang lain Maka aku sibukkan diriku untuk beramal.. Aku tahu Allah selalu melihatku Kerananya aku malu apabila Allah mendapati aku melakukan maksiat.. Aku tahu kematian menantiku. maka kupersiapkan bekal berjumpa dengan Rabbku.. (Hasan Al-Bashri)
Sebaik-baik wanita adalah; yang apabila diberi sesuatu ...dia bersyukur dan bila tidak diberi apa-apa ...dia bersabar;
yang menyenangkan hatimu ...bila kamu melihatnya dan mentaatimu ...bila kamu menyuruhnya
~ Andai suatu hari sahabat berubah menjadi insan yang tak kau kenali, jangan sesekali kau tinggalkannya sendirian. Kerana dia juga manusia biasa yang tak lepas daripada melakukan kesilapan ~
Kumohon kepada ALLAH setangkai bunga segar, kuperoleh kaktus berduri.. Kuminta pula rama2, ulat berbulu yang diberi.. Kusedih, kukecewa..namun kemudian, kaktus itu berbunga indah sekali..dan ulat bulu itupun menjadi rama-rama yang berseri..