Kumohon kepada ALLAH setangkai bunga segar, kuperoleh kaktus berduri..
Kuminta pula rama2, ulat berbulu yang diberi..
Kusedih, kukecewa..namun kemudian,

kaktus itu berbunga indah sekali..dan ulat bulu itupun menjadi rama-rama yang berseri
..

.: Cerita Mama 2: my new friend :.

4:21 PM Edit This 0 Comments »

Dania watched her favourite programme. Suddenly, she heard some noise from a house, beside her house.

“Oh, somebody is moving in. It is already long the house is left vacant.” said Dania.
In the evening, Dania and her mother, Puan Saleha went to their new neighbour’s house. They wanted to know more about them.

“Assalamualaikum. I am Kak Saleha and this is my daughter, Dania.” said Puan Saleha.

“Waalaikumsalam. My name is Baiduri. Dania, this is my daughter, Intan. Go and make friends with her.” replied Puan Baiduri.

Dania smiled to Intan. Dania was a jovial and friendly person. But Intan did not smile. Dania was surprised.

“Why didn’t she smile to me?” asked Dania.

Puan Baiduri smiled again.  She told Dania and her mother that Intan was blind.

“She is a special child.” said Puan Baiduri.

So, Dania approached Intan. She suspected Intan was arrogant person. She should not think nonsense about Intan. Intan was wearing a pair of sunglasses.

“Hi…I am Dania Nabila, and…what I your name? I am your new neighbor.” said Dania.

“Hi…my name is Intan. It is nice to meet you.

Since that day, Dania and Intan became a good friend. Dania was amazed with Intan. She is blind but she is wise. Intan could read Al-Quran correctly. She is also pretty. Dania realized that everything happened comes from Allah.

* All the best for my lovely friend, Fatin Hanim Binti Rosdi. May Allah bless you and stay cool at Sarawak.

.: Cerita Mama 1: alim-alim kucing :.

4:12 PM Edit This 0 Comments »
Di pangkal sebatang pokok, ada sebuah lubang. Seekor burung pipit bernama Ipit tinggal di dalam lubang tersebut. Ia sering terbang ke tempat lain dan meninggalkan sarangnya itu selama beberapa hari.

Suatu hari semasa ketiadaan Ipit, datanglah sekor arnab bernama Nana, lalu ia tinggal di dalam lubang tersebut. Setelah beberapa hari, Ipit pulang ke sarangnya semula. Alangkah terkejutnya Ipit apabila ia mendapati tempat tinggalnya telah dicerobohi oleh Nana, seekor arnab.

“Ini tempat aku. Keluar kau dari sini!” Arah Ipit.

“Ini tempat aku. Kau yang baru datang. Apa bukti yang menunjukkan ini tempat kau?” Nana bertanya pula.

Maka, berlakulah pertengkaran antara Ipit dan Nana.

“Marilah kita berjumpa dengan hakim supaya ia boleh memutuskan siapa benar dan siapa salah.”Ajak Ipit.

“Siapa hakim itu?” Tanya Nana.

“Ada seekor kucing yang alim. Siang hari ia berpuasa dan malam hari ia beribadat. Mari kita pergi berjumpa dengannya.” Jawab Ipit.

Ipit dan Nana pun berjumpalah dengan kucing yang alim itu. Masing-masing menceritakan apa yang telah berlaku.

“Aku sudah tua, telinga aku pula sudah pekak. Bercakaplah dekat sedikit denganku.” Kata kucing alim yang bernama Chici itu.

Ipit dan Nana pun mendekati Chici dan mengulang kembali cerita masing-masing.

“Sekarang, barulah aku faham cerita kamu berdua. Sebelum aku menjatuhkan hukuman, ingin aku memberi nasihat.”

Ipit dan Nana tertarik dengan nasihat Chici itu. Mereka percaya kepada Chici dan menghampirinya. Setelah selesai memberi nasihat, Chici dengan pantas menerkam ke arah Ipit dan Nana, sekaligus membunuh mereka.

“Hahaha...kenyang aku hari ini...inilah hukuman atas kebodohan kalian” Kata Chici sambil ketawa dan mula menjamu selera.


*Peribahasa Melayu: Alim-alim kucing = berpura-pura dengan menunjukkan perangai baik.
* Ilmu sahaja yang dapat menghindarkan kita daripada tipu daya dunia, apatah lagi tipu daya syaitan.

.: pembunuh senyap :.

11:38 AM Edit This 0 Comments »


Pertemuan antara seorang lelaki dan seorang guru di taman permainan diakhiri dengan perbualan tersebut:

Seorang lelaki : Mengapa sering berlaku kesukaran untuk mengecap bahagia, sedangkan semua orang begitu menginginkannya?

Seorang guru : (Sambil tersenyum memandang ke arah taman permainan) Kanak-kanak di taman sana kelihatan sungguh bahagia.

Seorang lelaki : Sudah pasti mereka bahagia kerana mereka sedang leka bermain.

Seorang guru : Sebenarnya, apakah yang menjadi penghalang untuk kita yang sudah dewasa ini daripada mengecap bahagia? Ia juga mampu menyababkan kanak-kanak yang sedang leka bermain itu hilang kebahagiaan mereka dalam sesaat cuma.

Guru itu bangun dan menghampiri kumpulan kanak-kanak yang sedang leka bermain. Kemudian, guru itu melempar sejumlah wang syiling berdekatan dengan kumpulan kanak-kanak tersebut. Secara spontan, hilang gelak tawa dan mereka berebut-rebut, masing-masing ingin mengambil kesemua wang syiling tersebut. Mereka tolak-menolak, tindih-menindih, lalu mula berkelahi. Guru itu kembali semula ke tempat lelaki tadi.

Seorang guru : Apa pandangan kamu melihat keadaan kumpulan kanak-kanak itu sekarang?

Seorang lelaki : Mereka berkelahi antara satu sama lain. Berbeza dengan keadaan ketika mereka bermain bersama tadi.

Seorang guru : Apa pula yang menyebabkan mereka berkelahi?

Seorang lelaki : Perebutan. Masing-masing ingin memiliki kesemua wang itu.

Seorang guru : Sifat apakah itu?

Seorang lelaki : Keserakahan.

Seorang guru : Jadi, kamu telah menemukan jawapan bagi soalan kamu tadi.



Kebahagiaan akan berlalu pergi apabila keserakahan mula mentadbir hidup manusia. Asal keserakahan adalah ketamakan dan asal ketamakan adalah sifat tidak tahu bersyukur dengan pemberian-Nya. Apabila menjadi serakah, tiada yang boleh menandingi atau lebih hebat daripada dirinya. Fikiran sentiasa berputar untuk kelihatan hebat dan mindanya menjadi tidak rasional serta tidak produktif sehingga merugikan diri sendiri dan sesiapa sahaja yang bersamanya. Jiwa mula menjadi kacau dan akhirnya menjadi pembunuh senyap secara perlahan-lahan. Kebahagiaan sebenar tiada dalam kehidupan orang yang berjiwa serakah walaupun mereka kelihatan bahagia.

Maka, apa bezanya kita sekarang dengan Qarun yang dimamah bumi itu dan pernah berkata " Segala apa yang aku ada kini adalah hasil daripada usahaku sendiri!". Oleh itu, sifar bersyukur kepada-Nya yang Maha Memberi sahajalah yang dapat mengelakkan diri manusia daripada berjiwa serakah.



* Cerita ini dipetik dan diubahsuai mengikut kesesuaian dalam tulisan saya daripada satu ruangan dalam satu majalah yang saya baca, hasil tulisan Dr. Azhar Bin Haji Sarip, Perunding Emosi, Spiritual NLP Training.

.: manfaat vs mudarat :.

9:32 PM Edit This 0 Comments »
Jumaat
28 Mei 2010
5.00 pm
TV3
Tajuk : Orang Sebelah

Tertarik dgn topik perbincangan Al-kuliyyah pd minggu ini. sudah lama aku xdpt mgikuti program ni sb tiada tv kat rumah spnjg berpraktikum. Program ni diadakan di Balairong Seri Istana Arau, Perlis sempena keputeraan baginda Raja Perlis. Biasalah, dipengerusikan oleh Ustaz Fauzi, ustaz kegemaranku. Ahli Panel terdiri daripada Ustazah Asni Mansor (pendakwah bebas) dan Ustaz Nidzam Abdul Kadir (pensyarah UIAM). topik berkisar ttg permasalahan hidup berjiran.


Sebaik-baik manusia adalah org yg selalu memberi manfaat kpd orang lain. Kebahagiaan bukan hanya kerana mampu memenuhi keperluan diri dan keluarga, tetapi juga mampu memberi kebahagiaan kpd org lain. Keprihatinan kepada keadaan org lain melahirkan kesetiaan sosial yg tinggi.
Bukhari dan Muslim menceritakan, Nabi Muhammad berkata, “Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain”.


Dan bagiku, kalau tak dpt memberi manfaat, jgnlah memberi mudarat kpd org lain.

.: lagu kita :.

9:30 PM Edit This 0 Comments »
 Pelangi Petang
 
Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku..

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini..

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua..

Bait2 lirik lagu yg sgt mencuit perasaan.. xkuduga aku akn mnyanyi kat hari guru (sb aku xde bakat suara yg merdu)...dan pling xkuduga ank2 muridku menangis swaktu aku menyanyi..moga lagu ini akan sentiasa menjadi pengikat memori antara aku dan anak2 muridku.


 

.: 4 is da best :.

7:09 PM Edit This 0 Comments »
Alhamdulillah...aku dianugerahkan dgn murid2 yg memberiku seribu satu rasa...seronok, geram, marah, terhibur, bersemangat...kelas 4 Gemilang n 4 Bestari 2010.. sgala cabaran dan kenangan spnjg mendidik mreka xkan aku lupa..spnjg mgu ni, aku dikunjungi oleh murid2ku di kuaters, sms, telefon..seronok dpt melayan krenahdiorang lg..sbtu ni dah btolak blik kg..nti mesti aku rindu semua ni..


 

Antara hadiah yg aku terima drpd murid2, sek, guru kaunselor n guru bsr sempena hari guru dan tamat praktikum..

                        Kad2 ucapan buatan sendiri drpd murid2ku


 Khamis
7.00 pm
20 Mei 2010

.: last forever memories :.

5:38 PM Edit This 0 Comments »
Antara kenangan terakhirku di Sk Perwira, Teluk Intan...Tugasan terakhir yg aku lakukan di sekolah ini adalah gotong-royong perdana sempena hari guru dan menyiapkan mural...xkan luput dr ingatan...sekolah yg byk mgajar aku erti sebenar menjadi seorang guru...

                                   Aktiviti memotong sayuran utk nasi kerabu

                                             Tanam pokok sbg kenangan..

                                   Bersama geng cuci kolam ikan n pentadbir



















                                            Mural di Prasekolah Gemilang


* Bersyukur krn dpt memberi khidmat utk sekolah ni..
* Terima kasih kpd semua warga Sk Perwira yg sanggup menerima kehadiranku dgn hati terbuka di sek ini..



khamis
5.30 pm
20 Mei 2010

.: IKHLASHUN AN-NIAH :.

2:30 PM Edit This 0 Comments »
Bila suatu pekerjaan dikerjakan kerana Allah, maka akan diterima oleh Allah. Jika tidak, maka akan menerima balasan yang setimpal. Bila ada cacat dalam amal, mungkin akan diampuni tetapi bila ada cacat dalam niat, maka tidak diampuni. Sebelum melakukan amal hendaklah diperhatikan tentang niat. Jika niat kerana Allah, ikhlas namanya. Jika tidak, maka walaupun seluruh Mufti memberikan fatwa bahawa seseorang itu ikhlas tetapi dihadapan Allah, dia tidak dianggap ikhlas.

Cara mendapatkan  hakikat ikhlas :
  • Sebelum memulai amalan, peliharalah niat sebaik-baiknya kemudian pertahan niat ketika beramal dan istighfar sesudah beramal serta meminta ampun kepada Allah.
  • Mendakwahkan kepentingan ikhlas.
  • Berdoa kepada Allah supaya mendapat hakikat ikhlas.
  • Jika kita memelihara amalan kita setiap hari dengan istiqomah dijalan Allah, maka sedikit demi sedikit akan tumbuh sifat ikhlas.
  • Ikhlas adalah rahsia Allah dengan hambaNya. Sekalipun malaikat tidak tahu nilai ikhlas, bahawa amal yang ikhlas Allah simpan sampai kita bertemuNya.



~ baru menamatkan tugasan terakhir sbg guru praktikum di sekolah....
~ di kala ini jg keikhlasanku teruji dgn sepotong kata-kata..aku amat terkilan mendengar kata2 tu..sbg manusia biasa,  sungguh aku rasa kecewa..
~ nampak ke kat muka aku pertolongan yg aku bg sebab mengharapkan suatu balasan dan pemberian?
~ Astaghfirullah..aku tak tahu..moga Allah peliharaku daripada sifat-sifat tercela..

2.30 pm
15 Mei 2010
Sabtu

.: percutian bermakna: ulu yam + genting :.

2:00 PM Edit This 0 Comments »





























Pirate Ship..taubat xnak naik ni lg..seram!!

                                                               Solero

                                                Corkscrew..permainan terakhir..

p/s  Best! hilang tekanan masa praktikum.. =)
      
~ Di Ulu Yam, aktiviti kesukaanku, berenang. sempat mgajar kwn2ku brenang, tp sume failed! berenang atas batu je sume..hehe

~ Di Genting, kami plg seronok naik Solero..dpt tgk pmandangan 1 Genting. prsaan mcm diawang2an. cantik sgt dgn kabus yg mnebal..aku tkut nak naik Solero, tp bila dah naik, xpuas pula..sekejap sgt kat atas tu..huhu

Mula2 nak naik pirate ship..sampan yg berayun, aku pelik nape la org duk mjerit2..aku tgk xde la seram sgt naik smpan tu..bila tiba giliran aku, aku ambik seat yg pling atas skali..(blagak la kunun berani)..mula2 berayun, bst je..cm naik buai..hyunan mkin lama mkin laju..tetbe aku rasa jntung aku mcm nak luluh.smpai pucat muka aku jadinye..siap mjerit kat akak yg jaga sampan tu suruh berhenti..huhuhu (itu la, blagak lg, kan tuhan dah bls..ngeh3)

Corkscrew pula, aku n yana duk pling depan sekali..yana yg semangat nak naik roller coster ni..aku teman la..mmg seram, berpusing 360 darjah..tp agak best la..aku mjerit jgk kat yana..yana steady je..siap leh senyum2 lg smpai akhir..he3
.
.
.
Kenangan kedua terakhir bercuti bsama rakan2..  
Habis praktikum g Lost Word Tambun pula, InsyaAllah kalau bajet msih ade.. =)

.: sabar dan pemaaf :.

6:00 PM Edit This 0 Comments »
Saiyidina Ali Abu Talib pernah berkata: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’ Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya.” (surah al-Baqarah, ayat 155-157)

 

Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132)

“Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43)

“Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari)


~ Bersama memupuk dan mempertahankan sifat sabar dan pemaaf dlm diri masing-masing ~
~ saling ingat-mengingati antara kita Umat Islam ~


6.00 pm
13 april 2010


.: my little sis :.

3:38 PM Edit This 0 Comments »

ISNIN
22 Mac 2010

Selamat Hari Lahir 
Utk adik bongsuku

Name: Nurul Nabihah Binti Jameri
DOB: 22nd of March 2004

~ miss u so much ~


.: atas nama cinta :.

9:29 PM Edit This 0 Comments »
Tika mata diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika, terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Di atas nama cinta pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan, setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

.: antara tiga :.

11:30 PM Edit This 0 Comments »
Cepat masa berlalu..berlalu jg kesedihan aku..sebabnye?hehe..ni la kisah aku utk arini..

Sabtu / 6 Mac 2010

5.30 pm
~ abes solat, atien ajak kuar jln2..aku g je la..tgk rupa dia mcm boring sgt duk kat umah ni.
~ singgah bank islam. Atien g ambik duit,aku kat luar..berfikir la kononnye time tu..huhu
~ tibe2..

1. “ ustazah…!!eh..cikgu…!!”

Anak murid aku upenye..murid perempuan tahun 2, aku penah relief kls PJ dia..ape la ank murid aku tu,
pgl aku ustazah pulak.huhu

2. aku terpandang 2 org lelaki nak masuk bank islam..”mcm knl je mamat dorang tu”
la,izhar ngan wan upenye..bdk kelas aku..aku tgk, syahir n zul pun ade kat dlm bank..aku pun borak2 la ngan diorang..bestnye jumpe kwn2 kls balik..bkn sng nk jmpe diorg walaupun kami praktikum kat bandar yg sama.

- Dua perkara yg membuatkan hari aku kembali ceria..jumpe anak murid, seronok tgk keletahnya..dan jumpe kwn2, secara xsengaja..

6.30 pm
~ destinasi seterusnye,TF..
~ aku jln2 keliling TF..jumpe satu skaf rambut comel, aku pun capai. Jumpe pulak alat penimbang berat..aku ambik peluang la..4++..yes,maintain..hehe..
~ atien borak2 ngan anak che din kat tepon,bercerita ttg brg2 TF yg murah2 n lawa2..ape brg tu..oppss,aku xleh citer..hehe
~ sambil2 belek2 brg, dpt sms dr kwn sek menengah dulu,usop.

“ kak, tlg aku ea..”
“ tlg ape?”..ceh..aku wat2 xtau lak..
“ ala,yg aku ckp aritu..”
“ ooo..nak aku ejaskan sueno ek..hehe”
..dan beberapa sms seterusnye.xdpt aku tulis atas sb2 akta kerahsiaan..hehe

Sueno,sepupu aku. Usop mmg dah lame minat dia, sejak sek lg.Insyaallah,aku tlg jd org tgh je..tu pun atas permintaan usop.

~ bab yg plg sedih..time nak byr, aku xleh beli skaf rambut comel td sb xde tanda harga..mls nak masuk lg,ramai org arini..huhu..melepas aku.xpe la,xde rezeki.


8.30 pm
~ aku mula menunaikan janjiku pada usop

“ salam,su.ko pe kbr?lame xdgr bite ko ”
“ aku xmasuk surat kbr,mmg la ko xdgr bite aku..” ceh,wat lawak lak dia.
“ cmne master ko?”
“ ssh la,nyawa2 ikan je aku skrg..kak,ko dah ade bf ea..”
“ nape,ade sesape yg ko nak rekemenken ke?”hehe..soalan berbunyi gatal..
“ aku nak suh ko carikan aku,ko suh rekemenkan ko lak..”
“ ko dah clash ngan pian ke?”
“ Aah,bru2 ni..”

~ peluang ko la usop..kebetulan sepupu aku tgh mencari jgk..aku pun jlnkan kerja aku dgn penuh hemah n bijaksana..huhu

10.00 pm
~ aku ym ngan didi..rindu sgt kat dia..dulu dia jgk kwn yg blh buat aku kembali ceria..plg penting, dia menghargai aku, same mcm aku hargai dia..kami sekepala, mgkin sb kami dr negeri yg sama kot..huhu
~ berbicara ttg diri,ttg hati,ttg perasaan...ececece..berkogsi cerita praktikum masing2

11.30 pm
~ aku ni mcm tulis jurnal praktikum lak,siap ade masa..huhu
~ pelik kan,ape yg aku nak bgtau sbnrnye dgn menulis kisah aku arini..aku ni bkn suke menulis2 mcm ni..ape lg ttg diri aku..
~ aku nak berkongsi..kepentingan org2 yg ada di sekeliling kita..time aku sedih, tanpa diminta,org2 ni dtg sbg pengubat hati..

..kanak2..adalah pengubat hati plg mujarab bagi org dewasa..sb itulah aku memilih utk jadi cikgu sek rendah.
..kawan2..dr dulu mmg akan ada kwn2 yg jd pengubat aku tanpa diminta, walaupun time tu diorg xtau aku tgh sedih..atien..kwn yg plg memahami aku..aku xbgtau yg aku sedih..nti dia mrh sb aku xkan ckp sebabnye..(tp aku bgtau jgk kat dia yg aku sedih,cume xckp sb je.huhu)
..keluarga..aku dah lame xborak ngan sueno..dia pun bz ngan tesis dia..dpt peluang ni, aku gunakan sepenuhnya..sb selalu kami dpt borak pnjg time raye je..

Aku cuba mengingat penyebab kesedihan aku td..aku cuba utk rasa kembali kesedihan tu, tp xblh..perasaan sedih tu dah hilang serta-merta..

penyebab perasaan sedih itu,aku serahkan pada-Mu..ambillah ia kembali, jauhkan ia dariku..Kau yg beri padaku, aku tahu Kau jg yg akan mengambilnya kembali..

.: down :.

4:54 PM Edit This 0 Comments »
Baby are you down down down down down,
Down, down,
Even if the sky is falling down,
Down, down
Ooh (ohhh)

You oughta know, tonight is the night to let it go,
Put on a show, i wanna see how you lose control,
So leave it behind ’cause we, have a night to get away,
So come on and fly with me, as we make our great escape.

So baby don’t worry, you are my only,
You won’t be lonely, even if the sky is falling down,
You’ll be my only, no need to worry,
Baby are you down down down down down,
Down, Down,
Baby are you down down down down down,
Down, Down,
Even if the sky is falling down,

Just let it be, come on and bring your body next to me,
I’ll take you away, hey, turn this place into our private getaway,

So leave it behind ’cause we, have a night to get away,
So come on and fly with me, as we make our great escape,

(So why don’t we run away)

So baby don’t worry, you are my only,
You won’t be lonely, even if the sky is falling down,
You’ll be my only, no need to worry,
Baby are you down down down down down,
Down, Down,
Baby are you down down down down down,
Down, Down,
Even if the sky is falling down,
Even if the sky is falling down like she supposed to be,
She gets down low for me,
Down like her temperature, ’cause to me she zero degree,
She cold, overfreeze,
I got that girl from overseas,
Now she my miss America,
now can i be her soldier please,
I’m fighting for this girl,
I’m a battlefield of love,
Don’t it look like baby cupid sent his arrows from above,
Don’t you ever leave the side of me,
Indefinitely, not probably,
and honestly im down like the economy,
Yeahhhhhh
.
.
.
.
penat lps jd pegawai sukan kolompok 2 td, baring2, tp xleh nak tdo..
di saat jiwa dan fikiran xseiring, aku lebih suka memanjakan diri dgn aktiviti peribadi..huhu..kali ni, aku memilih utk menulis di blog..tp aku xde idea nak tulis ape..lirik lagu ni pun dah cukup la..hehe
baby dlm lirik tu, aku tujukan utk Qolbi (hatiku)..
.
.
bcoz

sometimes...unexpected things occur..only Allah knows

..aku bersyukur..

.: ke dunia baru :.

2:51 AM Edit This 0 Comments »
Jumaat
26 Feb 2010
6.04 pm

kebetulan sdg aku membuka blog sb bosan duk kat bilik sorg2..hp ku berbunyi, tanda sms masuk..aku terima sms ringkas drpd Daus..

" Al Fatihah..untuk ARWAH ayie.."

kukirim sms kembali..

" meninggal sb ape?"

bls daus..

"Excdent"
.
.
.
berita ini disahkan oleh rakan-rakanku yg lain..Arwah meninggal sblm asar, akibat kemalangan kat Tapah, menaiki van katering Abuya..

Arwah adalah seniorku di upsi..sdg menunggu majlis konvo bln 4 ni..
arwah sgt baik, seorang ketua yg berdedikasi..ramah dgn sesape je..dan disenangi oleh semua..
takziah utk keluarganya beserta tunangnya..
semoga arwah ditempatkan dalam kalangan org2 beriman..amin..

.: wanita & fitnah :.

2:26 AM Edit This 0 Comments »
' Takutlah (berhati-hatilah) kalian dengan dunia dan takutlah kalian terhadap fitnah wanita, kerana sesungguhnya fitnah yang mula-mula menimpa bani Israil adalah dalam urusan wanita.' (Hadis Riwayat Muslim)

wanita itu adalah fitnah bagi seorang lelaki..
kata2 seorang teman: perempuan kena jaga diri dan maruahnya..

~Ya Allah..kumohon, jauhkan fitnah itu dariku. aku xmahu jadi fitnah bagi sesiapa pun.. ~

Ya Rabbi, jauhilah aku dan keluargaku dari sebarang fitnah dunia serta hindari aku dari menabur fitnah terhadap org lain..

:. Diari Hidup Rasulullah :.

12:20 PM Edit This 0 Comments »

Diari hidup Rasulullah..buku ttg amalan Rasulullah dlm seminggu..dah lame aku cari buku ini kat kedai, tp xjumpe..kat mane la nak dptkan buku ni. teringin nak miliki lepas baca di internet. ni antara isi kandungan buku ni yg aku jumpe dlm internet..


Bab 1:
Solat Tahajud
Satu Malam di Cileunyi
Memahami Tahajud daripada Tafsir Surah al-Israk Ayat 79
Menjenguk dan Menjejaki Kedudukan Rasulullah S.A.W
Malam Keintiman dan Peristiwa Besar
Fadilat dan Keindahan Solat Malam
Waktu, Jumlah Rakaat dan Menggantikan Solat Malam
Menikmati Solat Tahajud
Beberapa Bacaan Doa
Kesan ke Atas Kesihatan
Kesan Perubatan Solat


Bab 2:
Menyelami dan Memahami Quran
Membangunkan Generasi Qurani
Peluang dan Tentangan Menyelami Quran
Satu Jam Selepas Subuh

Bab 3:
Solat Subuh Berjemaah di Masjid
Solat Subuh di Masjid adalah Syariat
Keindahan dan Keutamaan Solat Subuh Berjemaah di Masjid
Sebuah Kisah, Ali Lewat Mendirikan Solat Subuh Berjemaah

Bab 4:
Solat Duha
Dimensi Rezeki dalam Solat Duha
Kata-kata Hikmah Makna Memberi

Bab 5:
Sedekah
Memberi Tidak Semestinya Material
Membedah Makna Sedekah
Berkat Sedekah
Berkatnya Hilang Apabila…

Bab 6:
Wuduk
Falsafah Wuduk
Hikmah Wuduk

Bab 7:
Berzikir
Ayat-ayat Berkenaan Zikir
Manfaat dan Fadilat Zikir
Beberapa Kelebihan Kalimat-kalimat yang Kita Baca
Singgah di Taman Syurga Dunia
Selama Ini Kita Cuma Berzikir
Bagaimana Zikir Dilakukan pada Zaman Nabi?
Mengikut Aliran atau Tarekat Tertentu dalam Berzikir?

.: 4 Bestari :.

11:14 AM Edit This 0 Comments »
Jumaat
12 februari 2010

hari terakhir persekolahan sebelum cuti tahun baru cina bermula..aku xsabar nak dtg sekolah hari ni..yela, sok mlm aku dah bertolak blik kg, rindu sgt kat adik n anak sedara aku..dlm mgu ni je, xtau bpe kali aku tenung gambar diorang..huhu..

9.30 pagi - aku masuk ke kelas 4 Bestari..ajar KT
kelas kosong..murid2 pegi pusat sumber..

aku xjangka akan hadapi keadaan ni pd hari ni..bbm aku xleh lekat kat papan putih..aku terpaksa ubah plan set induksi aku..keadaan kacau bilau bile sume murid nak lekatkan bbm aku kat depan..abes hancur bbm aku..penat2 aku buat mlm td.last2 aku xguna bbm tu, aku buat perancangan lain.

keadaan kelas sgt bising..susah utk aku mengawal setiap murid..bising diorang arini lain mcm, bile aku mrh xnak dgr pon.aku ambik masa lebih krg 10 minit utk mulakan p&p..aduh, dugaan sungguh!

tgh dok suh diorang melukis..ade pulak bdk yg bergaduh..bkn 1, bkn 2, tp ade 4 kelompok murid gaduh.aku dah xdpt kawal kls..aku leraikan satu, yg satu lagi sambung gaduh..yg xgaduh, g lari2 keliling kls..aku terpaksa bagi byk aktiviti supaya diorang sentiasa ada kerja nak buat, nak elak diorang berlari2..

last sekali yg aku buat, murid2 xblh kuar rehat selagi masih bising..aku suruh bdk2 yg diam kuar rehat dulu..time tu bru la sume nak diam..

Allah, bantu aku! tu je yg aku dpt lafazkan bila tgk karenah bdk2 4 Bestari td..Sungguh! aku jadi down! aku terduduk..lame dlm kls tu sblm turun ke bilik guru.
aku dpt tau dr cikgu2 lain, sume murid mmg dah xde mood nk blajar.sume ingat nak cuti je..patut la kelas 4 Bestari xblh dikawal td, dan aku mmg dah agak ini puncanya..

aku ade menyelidik dgn guru2 n murid2 pempuan 4 Bestari sblum ni..apa yg cikgu2 lain buat bile bising..rupenye cikgu pukul murid yg bising..aku xamalkan pukul memukul ni..diorang dah biasa kena pukul dgn cikgu lain, jd diorang dah lali..xkan jln kalau aku pun gune kaedah yg sama.

balik kg ni, aku kena fikirkan kaedah yg terbaik utk aku kawal murid2 4 Bestari tu..Caiyok! percaya pd kemampuan diri..mintak tlg dr org yg lebih berpengalaman..dan plg penting, mintak petunjuk ALLAH..!

.: KEM KECEMERLANGAN UPSR: TEKNIK MENJAWAB SOALAN MATEMATIK :.

2:15 PM Edit This 0 Comments »
Tarikh : 10 Februari 2010
Hari : Rabu
Waktu : 2.30 - 4.30 petang

Aku ditugaskan untuk memberi cenderamata kepada penceramah.


mula2 aku mls nak pegi sb ptg tu jgk ade aktiviti ko-k kat sekolah..aku jd guru pembantu dlm PPIM..tp bile pk balik, baik aku g kem ni, mybe ade mklumat bru yg aku akn dapat..
rupanya xrugi aku pegi..sangat menarik..banyak ilmu tentang pengajaran math yg aku dapat..

Penceramah, Tn Hj Jaafar Kassim adalah guru cemerlang di Sk St Anthony. Dia jg adalah panel penggubal soalan bg UPSR mulai 2012..dia tunjuk macam mane pmilihan bentuk soalan.mmg sgt trick soalannye..kalau murid bijak, xpayah buat pengiraan, just ikut logik matematik..dulu aku belajar math kat sek rendah pun aku xtau rupenye soalan2 tu cume trick..cikgu2 aku pun xbgtau..mybe diorg pun xtau..huhu..tp xpe..aku pling ingat ckgu math aku merangkap guru kelas aku mase darjah 6, cikgu zainal. dia pun still ingat aku smpai sekarang..sb aku la anak murid kesayangan dia..hehe
Photobucket