Kumohon kepada ALLAH setangkai bunga segar, kuperoleh kaktus berduri..
Kuminta pula rama2, ulat berbulu yang diberi..
Kusedih, kukecewa..namun kemudian,

kaktus itu berbunga indah sekali..dan ulat bulu itupun menjadi rama-rama yang berseri
..

.: Cerita Mama 1: alim-alim kucing :.

4:12 PM Edit This 0 Comments »
Di pangkal sebatang pokok, ada sebuah lubang. Seekor burung pipit bernama Ipit tinggal di dalam lubang tersebut. Ia sering terbang ke tempat lain dan meninggalkan sarangnya itu selama beberapa hari.

Suatu hari semasa ketiadaan Ipit, datanglah sekor arnab bernama Nana, lalu ia tinggal di dalam lubang tersebut. Setelah beberapa hari, Ipit pulang ke sarangnya semula. Alangkah terkejutnya Ipit apabila ia mendapati tempat tinggalnya telah dicerobohi oleh Nana, seekor arnab.

“Ini tempat aku. Keluar kau dari sini!” Arah Ipit.

“Ini tempat aku. Kau yang baru datang. Apa bukti yang menunjukkan ini tempat kau?” Nana bertanya pula.

Maka, berlakulah pertengkaran antara Ipit dan Nana.

“Marilah kita berjumpa dengan hakim supaya ia boleh memutuskan siapa benar dan siapa salah.”Ajak Ipit.

“Siapa hakim itu?” Tanya Nana.

“Ada seekor kucing yang alim. Siang hari ia berpuasa dan malam hari ia beribadat. Mari kita pergi berjumpa dengannya.” Jawab Ipit.

Ipit dan Nana pun berjumpalah dengan kucing yang alim itu. Masing-masing menceritakan apa yang telah berlaku.

“Aku sudah tua, telinga aku pula sudah pekak. Bercakaplah dekat sedikit denganku.” Kata kucing alim yang bernama Chici itu.

Ipit dan Nana pun mendekati Chici dan mengulang kembali cerita masing-masing.

“Sekarang, barulah aku faham cerita kamu berdua. Sebelum aku menjatuhkan hukuman, ingin aku memberi nasihat.”

Ipit dan Nana tertarik dengan nasihat Chici itu. Mereka percaya kepada Chici dan menghampirinya. Setelah selesai memberi nasihat, Chici dengan pantas menerkam ke arah Ipit dan Nana, sekaligus membunuh mereka.

“Hahaha...kenyang aku hari ini...inilah hukuman atas kebodohan kalian” Kata Chici sambil ketawa dan mula menjamu selera.


*Peribahasa Melayu: Alim-alim kucing = berpura-pura dengan menunjukkan perangai baik.
* Ilmu sahaja yang dapat menghindarkan kita daripada tipu daya dunia, apatah lagi tipu daya syaitan.

0 comments:

Photobucket